Misi kami adalah untuk membantu tukang gunting rambut yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Perak dalam meningkatkan kebolehpasaran mereka. Kami pelajar Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) - AC10 dengan bantuan teknologi kini telah membuat laman sesawang yang mengumpul semua maklumat tukang gunting rambut seperti nama, lokasi, perkhidmatan yang dilakukan dan beberapa pengiktirafan yang mereka miliki.
Tukang gunting rambut dalam senarai ini telah menjalani pelbagai latihan atau kelas kemahiran berkaitan perkhidmatan potong rambut. Tambahan pula, lokasi kedai gunting rambut itu terletak berhampiran dengan masjid, memudahkan pelanggan beragama Islam menerima perkhidmatan gunting rambut tanpa perlu risau terlepas waktu solat.
Tukang gunting rambut yang disenaraikan di sini mempunyai kepakaran dalam bidang perkhidmatan menggunting rambut. Mereka mempunyai pemahaman yang luas tentang penjagaan rambut dan penggunaan sebarang bahan kimia yang sihat dan selamat untuk rambut. Alat gunting rambut yang lengkap dan selamat digunakan.
Keselesaan dan kepuasan hati pelanggan kami merupakan tanggungjawab kami.
Saya amat berpuas hati disebabkan gaya rambut yang saya inginkan dapat dilaksanakan oleh pengunting rambut ini.
Masa yang diambil untuk menggunting rambut amat cepat dan pantas tetapi kekemasan potongan terbaik.